Thursday 20 April 2017

CustomerLog #02 : Lepas Google, Buat Homework, Baca Testimoni & Tahu Kebaikan Baru Fiqa Beli




Fiqa pakai apa? Skincare apa? Makan apa?
-
So hari ni tergerak hati nak share. Sebab ramai DM tanya fiqa pakai apa untuk penjagaan kulit (especially muka). Ramai yang mintak tips or tanya apa yg fiqa pakai untuk harian. Sejujur jujurnya fiqa kurang ambil berat sangat tentang skincare, sebab 4 tahun lepas pernah tersalah guna satu produk dari indonesia then muka jadi teruk gila (produk tu buat muka flawless 2 tahun pastu hancussss), sampai pegi klinik, pastu stop ambil apa apa skincare & setahun ambil masa nak okay. 

So mmg faham sgt kalau org yg ada masalah kulit, sbb pernah juga mcm tu. Kdg kdg rasa nak tolong mcm ada magic pastu terus hilangkan semua sengsara tu. Sbb faham sgt perasaan tu. Ya Allah. Okay sambung lepas je makan ubat dktr, kita guna himalaya je. Itu pun guna pencuci muka & moisturizer sahaja. Sebab fiqa lebih menitik beratkan apa yang fiqa makan (supplement).
-
So lepas setahun cuba satu product ni, harini baru berani nak bagitahu produk apa fiqa ambil. Kawan kita suggestkan. Lepas google google, buat hw sikit, baca baca testimoni, & tanya apa kebaikan produk tu, baru fiqa beli. 

Mula mula dulu makan sehari sekali sebelum tidur, tapi skrg makan 2 hari sekali sahaja. Produk tuuuuu nama@radiancesignature. Yg fiqa ambil Brillant - Skin Brightening Enhancement. Nak kulit okay, makan masa. Lepas ambil lama baru berani nak cakap & baru nak share dengan semua orang. Kalau makan sekotak je takde perubahan, sabar dulu & teruskan ambil. Inshaallah okay. Kita kena disiplin lg lg benda yang nak cantik. Takde produk ambil sekali esok bangun terus ok.
-
So far alhamdulillah kulit fiqa makin okay, tak la perfect tp better. Especially yg fiqa perasan, kulit sekata & lebih cerah. Mmg fiqa recommend sgt sgt sgt utk sesiapa yg nak kulit lebih baik & sihat. Air masak pun sehari atleast 3 liter, sgt membantu utk membaik pulihkan kulit. 

👍🏼 Nanti fiqa share lagi, ada apa apa nak tanya comment okayyy. 

#ikhlasdarihati#naksihatdengarnasihat #radiancesignature #brillant 
#skinbrighteningenhancement#brightening#hydrating #softening #illuminating

No comments:

Post a Comment

About Us

Recent

Random